Sunday, January 26, 2014

Pilihan akademikku

Alhamdulillah ... ujarku di hati. Bibirku bertutur mengalunkan zikir kesyukuran.

Dah lebih 4 tahun aku meninggalkan Universiti Teknologi Petronas. Dah 4 tahun.. bisik hatiku..mengimbau kembali kenangan...seolah ia baru semalam...aku meninggalkan pengajian yang tergantung...

Aku cemburu melihat jurutera-jurutera yang datang bertugas di tengah lautan. Aku hampir hampir menjadi seorang jurutera. Namun, kualifikasi akademik aku tidak melayakkan aku menjadi seorang jurutera...kerana aku tidak habis mengaji...namun Aku boleh dikatakan separa jurutera, ataupun juruteknik secara amnya. Pembantu jurutera...

Sebagaimana orang lain, Aku pernah melangkah kakiku ke Universiti. Hampir-hampir sahaja menamatkan pengajian ijzaha sarjana muda. Namun, aku memilih untuk bekerja dengan syarikat gergasi, atas tawaran yang lumayan dan menarik. Alhamdulillah dah menghampiri 4 tahun aku berkerja. Alhamdulillah.Satu nikmat yang mungkin tak dilalui orang lain. Bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.

Namun, Aku tidak berhenti bercita-cita. Dari kecil,aku ingin dan sangat ingin menjadi seorang jurutera. Kerana keinginan itu, aku pun mendaftar di Universiti tempatan, untuk pengajian separa masa. Alhamdulillah, dah setahun berlalu, dan aku sekarang berada di tahun yang ke dua. Dan disamping aku belajar, aku bekerja di tengah lautan.

Perkahwinan aku dengan seorang doktor sudah memasuki tahun ke dua. Kami dikurniakan seorang anak perempuan. Cantik dan bijak anak itu. Alhamdulillah, ia nikmat yang ALLAH berikan kepadaku dan isteriku. Isteriku sudah setahun bertugas di Ireland. Kembalinya ke Malaysia, dia kena melalui latihan intensif, di 3 jabatan yang berlainan. Kerana latihan intensif itu, masa terhad bersamanya, begitu juga dengan anak kami yang baru sahaja masuk 8 bulan. Alhamdulillah, cabaran dan dugaan ini, kami harungi bersama dan berkat usaha serta pertolongan keluarga, kami masih mampu gagah mendepani segala liku liku hidup ini setapak demi setapak.

Masa begitu pantas berlalu, namun kisah yang lalu, sering kali mengusik hatiku. Adakah aku menyesal dalam hidup ini?

Mudah-mudahan, ALLAH menunjukku jalan yang terbaik.
Sesungguhnya hidup ini adalah universiti . Setiap hari, kita belajar dan terus belajar. Dari kesilapan yang lalu, hikmah yang lalu, agar kita terus ungkuh dan kukuh menghadapi cabaran masa akan datang.
Semoga kita kekal terus bersama lembayung kasihNya.


Aliya NurSarah

Sunday, April 21, 2013

Kita dan hidup

Coretan kali ini berkisar tentang kisah kita sebagai seorang manusia dalam kehidupan di atas pengamatan dan pengalaman penulis. Penulis adalah manusia yang masih belajar dan bertatih dalam menggapai makna hidup. Jadi apa-apa pun tulisan, hanyalah sekadar pandangan peribadi.

Hakikatnya, dalam dunia yang dihuni berbillion manusia, kita adalah salah seorang daripadanya. Di setiap pejuru alam itu, terdapat nyawa-nyawa yang hidup untuk mati. Begitu jua dengan kita. Manusia yang tak kekal abadi. Hidup di dunia ini, penuh ranjau dan duri. Halangan dan cabaran. Gembira dan kesedihan. Marah dan dendam. Positif dan negatif. Tiap-tiapnya ada berlainan, ada berlawanan, namun saling bergantung satu sama lain. Begitu jua dengan kita sebagai manusia. Bergantung dengan benda-benda yang hidup yang lain, untuk terus hidup. Namun, ramai di kalangan kita, gagal mengerti erti hidup.Sehingga, gagal dalam menyesuaikan diri di tengah tengah kehidupan manusia yang lain. Erti kata lain, mereka telah melakukan kerosakan yang mencemarkan kehidupan orang lain.

Kerana apakah yang menyebabkan mereka gagal dalam menyesuaikan diri di tengah tengah kelompok masyarakat yang hidup itu? Kerana mereka gagal menghayati makna kehidupan. Malah mereka gagal menghayati maksud kehidupan. Kehidupan itu adalah Kebangkitan. Ia adalah sebuah revolusi yang mengangkat sesuatu yang mati untuk berevolusi. Mencampah dan berganda. Maksud yang lain, mengangkat sesuatu itu ke arah yang bermartabat dan bertamadhun. Hidup itu adalah mengangkat kaum manusia ke arah bermartabat dan bermaruah.

Kerana itulah, manusia dilantik oleh ALLAH S.W.T, untuk mengangkat martabat "kehidupan", setelah lama mananya dunia ini dihuni oleh mahkluk mahkluk yang lain. Namun, ia telah disalah erti oleh sesetengah golongan manusia, sehinggalah ia menjadikan "hidup" ini sebagai sebuah coretan yang mengerikan. Kehidupan ini dijadikan sebagai "acara yang melalaikan", sehingga hati hati yang dihidupkan terus mati dalam menghayati erti kehidupan. Cercaan, fitnah, pembunuhan, maksiat terus dihidang, untuk mematikaan hati hati yang mahukan "kehidupan" yang bertuhankan ALLAH S.W.T, dibiarkan terus hati hati itu bertuhankan benda yang pastinya mati, yakni "Nafsu". Sedangkan Nasfu itu hanya hamba ALLAH. Ia bertungkus lumus untuk menyesatkan manusia dari berkehendakkan hidup. Ia akan sedaya upaya mengalpakan kita, sehingga kita terjerumus ke neraka bersamanya dan syaitan syaitan.

Itulah coretan penulis sedikit sebanyak berkait tentang hidup, yang pastinya, Hidup perlu diusaha dengan menghidupkan amalan yang menghidupkan hati hati kita.

Selamat menghidupkan Hidup yang bermakna


coretan

Aliya Sara